Mulianya suami penyabar di mata Allah

DALAM mengharungi kehidupan rumah tangga pasti akan melalui saat-saat getir yang kadang-kala boleh menggunncang bahtera yang dibina itu. ada sebuah ungkapan 'sedangkan lidah lagikan tergigit, inikan pula suami isteri'. Kita tidak dapat menafikan sebagai manusia, suami atau isteri mempunyai kelemahan masing-masing. Cara terbaik untuk mengatasinya dengan bersabar dan tidak membesar-besarkan kelemahan itu.
Firman Allah:
"Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri kamu) dengan cara yang patut (baik). Kemudian jika kamu (berasa) benci kepada mereka (kerana tingkah lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya) karena boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedangkan Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak untuk kamu." (Surah an-Nisa, ayat 19).

Rasulullah SAW pernah bersabda,
"Mana-mana lelaki yang bersabar di atas keburukan perangai isterinya, Allah akan berikannya pahala seperti yang diberikan kepada Ayyub kerana bersabar di atas bala yang menimpanya. Dan mana-mana isteri yang bersabar di atas keburukan perangai suaminya, Allah akan berikannya pahala seperti yang diberikan kepada Asiah binti Muzahim, isteri Firaun."

Berakhlaklah dalam mendidik isteri, sebuah rumahtangga bahagia ialah rumahtangga yang dikendalikan mengikut nilai-nilai yang dikehendaki oleh Allah SWT. Tidak boleh dikatakan rumahtangga sekiranya sesebuah rumahtangga itu tidak dapat diatur dan disusun mengikut apa yang dikehendaki Allah SWT walaupun keadaan rumahtangga itu nampaknya tenang dan aman. Dalam hal ini, kebijaksanaan suami dalam mengendalikan rumahtangga menjadi faktor penting untuk mencapai tujuan itu.

Masalah utama yang patut dilakukan oleh suami ialah berakhlak baik dengan isteri dan anggota keluarga di bawah tanggungjawapnya. Maksud berakhlak di sini ialah si suami mestilah seorang penyabar dalam mendidik isterinya. Dalam artikata yang lain si suami mestilah sanggup menghadapi derita dan sengsara disebabkan kerenah isterinya. Ini adalah karena kaum perempuan itu dijadikan oleh Allah SWT sebagai makhluk yang lemah dan perlu dilindungi.

Oleh yang demikian
- ketika isteri marah, suami semestinya menaruh perasaan belas kasihan dengan mendiamkan diri dan bersabar.
- Biarkan dia bercakap apa saja kerana apabila kehabisan bahan untuk bercakap dia akan diam. Jangan dilawan cakapnya kerana akan lebih banyaklah modal percakapannya!
- Jangan pula lari meninggalkannya kerana kalau lari, apabila suami balik semula, si isteri akan sambung balik percakapannya.
- Tunggu dan diam sampai si isteri berhenti bercakap. Sesudah itu kalau si suami hendak bercakap pun sudah boleh.

Sebenarnya itulah rahsia yang ada pada seorang isteri, apabila telah habis melepaskan apa yang hendak di'omel'kannya, dia akan tenang kembali karena seperti yang dikatakan, fikirannya adalah di atas lidah saja. Sebab itulah, kalau si suami tidak melawan cakap-cakap isteri, rumahtangga akan lebih selamat. Pokoknya si suami hendaklah sabar banyak-banyak dan sanggup menanggung kesakitan itu.

Khalifah Umar r.a. dileteri isteri Kisah Khalifah Umar sabar, diam apabila dimarahi isteri amat bagus dijadikan contoh/pengajaran bagi suami menghadapi karenah isteri.
Al-kisah, seorang lelaki yang mengunjungi Umar bin Khattab untuk mengadu akan perihal perangai isterinya. Lelaki itu berdiri di luar pintu menunggu Umar keluar. Tiba-tiba dia terdengar isteri Umar sedang meleterinya, sedangkan Umar diam tidak menjawab walau sepatah pun. Lelaki itu beredar sambil berkata kepada dirinya sendiri: "Kalau beginilah keadaan Umar, seorang Amirul mukminin yang selalu keras dan tegas, maka bagaimana dengan aku?" Selepas itu Umar keluar dari rumahnya dan melihat lelaki tadi beredar. Umar memanggilnya dan bertanya tujuan kedatangannya. Lelaki itu berkata, "Wahai Amirul mukminin, aku datang untuk mengadu mengenai perangai isteriku yang buruk dan suka berleter kepadaku." "Tadi aku mendengar isteri anda pun begitu juga. Lalu aku berkata kepada diriku, "Kalau begini keadaan Amirulmukminin dengan isterinya, maka bagaimana dengan aku?" Umar berkata kepadanya, "Wahai saudaraku, sesungguhnya aku bersabar mendengar omelannya karena dia mempunyai hak ke atas aku.
Sesungguhnya dia memasak makanan aku,
mengadun roti untuk aku,
membasuh pakaian aku dan
menyusui anakku,
padahal semua itu tidak diwajibkan ke atasnya.
Dia juga menenangkan hatiku daripada melakukan perbuatan yang haram (zina).
Sebab itulah aku bersabar dengan kerenahnya."
Lelaki itu menjawab, "Wahai Amirul mukminin, demikian jugalah isteriku." Umar pun berkata kepadanya: "Maka bersabarlah wahai saudaraku. Sesungguhnya karenanya itu tidak lama, hanya seketika saja."

Para suami diseru oleh Allah SWT di dalam Al-Quran dengan firman, yang bermaksud,
"Hai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mempusakai wanita dengan jalan paksa dan janganlah kamu menyusahkan mereka karena hendak mengambil kembali sebagian dari apa yang telah kamu berikan kepadanya, terkecuali bila mereka melakukan pekerjaan keji yang nyata. Dan bergaullah dengan mereka secara patut. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) karena mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak." (Surah An-Nisaa, ayat 19)

Ini bermakna seorang suami tidak boleh membenci isterinya sampai menceraikannya hanya karena satu kelakuan isterinya yang tidak menyenangkan. Tetapi hendaklah dipertimbangkan dengan perilaku lain yang menyenangkan dari isterinya. Rasulullah SAW pernah bersabda, bahawa barang siapa yang sanggup menahan penderitaan atau sabar di atas kejahatan serta perangai isteri mereka Allah SWT akan memberi mereka pahala sebagaimana pahala bagi Nabi Ayub.

Menurut sejarah Rasulullah adalah orang yang paling baik akhlaknya terhadap isteri-isterinya. Beliau dapat menahan segala kemarahan terhadap isterinya yang kadang-kadang membuat ragam juga.
Sebab itulah sabda Rasulullah SAW yang maksudnya:

"Orang yang terbaik diantara kamu adalah orang yang terbaik terhadap isterinya, dan aku adalah orang yang terbaik di antara kamu terhadap isteriku." (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Dalam satu peristiwa, Aisyah r.a. telah memarahi Rasulullah SAW. Kata Aisyah kepada baginda, "Engkaukah orang yang mengaku Nabi?" Nabi hanya senyum sahaja. Kemudian Rasulullah berkata, "Aku tahu, kalau engkau marah kepada aku, kau cakaplah begini, "Demi Allah Tuhan Ibrahim." Kalau engkau gembira dengan aku, kau katalah "Demi Tuhan Muhammad." Jawab Aisyah r.a., "Betul kata engkau itu. Masa aku marah, aku tidak sebut nama engkau."

Di masa lain pula Aisyah r.a. telah mendorong Rasulullah SAW dari belakang hingga beliau hampir jatuh. Emak Aisyah r.a. ternampak perangai Aisyah lalu ditamparnya muka Aisyah. Kemudian berkata Rasulullah SAW, "Biarkanlah dia begitu. Sebenarnya dia telah banyak berbuat kepada aku, lebih dari itu lagi."

Sewajarlah para suami mengambil iktibar daripada banyak ragamnya isteri-isteri Rasulullah SAW. Sebenarnya bukan Aisyah sahaja yang membuat karenah malah isteri-isteri Rasulullah SAW. yang lain juga. Tetapi Rasulullah SAW boleh hadapi semuanya dengan senyum sahaja. Kalau isteri Rasulullah SAW bertaraf Ummahatul Mukminin itu pun ada juga ragamnya dan wanita-wanita solehah di zaman Rasulullah SAW yang mendapat didikan langsung dari Rasulullah SAW itu pun banyak ragamnya, apa lagilah wanita-wanita dan isteri-isteri di zaman yang telah jauh dari zaman Rasulullah SAW ini. Sebenarnya Allah SWT jadikan isteri-isteri Rasulullah SAW demikian ragamnya supaya dapat menjadi contoh kepada umat Nabi Muhammad SAW yang kemudian ini tentang akhlak Rasulullah SAW bila berhadapan dengan isteri-isterinya. Kalaulah Allah jadikan isteri Rasulullah SAW itu baik semuanya, jadi tidak ada contohlah para suami tentang bagaimana sikap yang patut dilakukan ketika isteri meragam untuk mengekalkan kebahagiaan rumahtangga. Sebab itulah, bila Allah jadikan Siti Aisyah dan isteri-isteri Rasulullah SAW begitu untuk menjadi contoh dan dapatlah diambil teladan darinya. Yang demikian, bolehlah si suami memujuk hati dengan mengatakan, "Sedangkan Rasulullah SAW tidak marah-marah, sepatutnya aku pun begitu juga." Lagipun, banyak ragam ini tidak mencacatkan kesolehan wanita. Sebab itu, para suami jangan lekas naik radang dan menuduh isteri nusyuz, engkar dan sebagainya. Banyak ragam tidak menjadikan isteri nusyuz. Cuma ketika itu isteri sedang naik angin, biarkan sahaja sehingga angin itu sejuk. Nanti akan baiklah dia. Sebab itulah para suami dikehendaki banyak bersabar dalam mendidik isterinya. Si suami bukan sahaja mesti bersabar dengan kelakuan isterinya malah disuruh juga oleh Allah SWT supaya bergurau-gurau dan bermain-main dengan isterinya. Nabi juga menyuruh para suami bermesra dengan bergelak ketawa bersenda-senda dengan isteri. Janganlah suami-suami sentiasa bersikap terlalu serius dengan para isteri untuk mempertahankan kehebatan. Kalau sesama lelaki bolehlah menjaga kehebatan masing-masing dan tidak digalakkan selalu sangat bergurau sesama lelaki. Tetapi dengan isteri sepatutnya si suami mestilah banyak bergurau. Malah Rasulullah SAW sendiri amat suka bersenda gurau dengan isterinya, hinggakan semasa Rasulullah SAW bergurau dengan isterinya, dia sanggup menurunkan darjatnya seperti seorang perempuan. Ertinya, Rasulullah SAW turut bergurau macam seorang perempuan bergurau iaitu sindir-menyindir, cubit-mencubit dan sebagainya.

Pernah dalam satu gurauannya dengan Aisyah, Nabi mengajak isterinya itu berlari-lari. Sedangkan ketika itu Aisyah muda belia berumur 16 tahun. Sedangkan Rasulullah SAW sudah berumur 60 tahun, tapi Rasulullah SAW tetap lakukan juga kerana hendak menghibur-hiburkan hati isterinya. Walaupun begitu, apabila beliau berlumba lari dengan Aisyah, Rasulullah SAW tetap menang sebab Rasulullah SAW juga adalah ahli sukan yang pantas disebabkan beliau sentiasa riadah dengan menunggang kuda, bermain pedang dan lain-lain senjata. Justeru itu para suami eloklah memperbanyakkan gurau senda dengan isteri masing-masing dan eloklah sekali sekala mengajak isteri berlumba-lumba dan sebagainya. Begitu juga dalam soal masak-memasak dan mengemas rumah, suami hendaklah membuat kerja tersebut sebagaimana telah dilakukan oleh Rasulullah SAW. Sesungguhnya sunnah nabi itu adalah ikutan yang paling baik. Suami yang baik ialah suami yang memberi contoh tauladan dalam mendidik isteri. Jadikan masa yang terluang atau masa rehat itu dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang memberi faedah, bukan dengan aktiviti-aktiviti seperti berbual-bual kosong di kedai-kedai kopi, di tempat-tempat maksiat dan sebagainya. Begitu juga dengan aktiviti memancing atau bersukan dan lain-lain yang kadang-kadang sampai tertinggal ibadah sembahyang. Sesungguhnya, seorang suami itu terlalu berat tanggungjawapnya. Setiap urusannya di dunia ini, akan dipersoalkan di akhirat kelak. Jika tersilap atau tidak kena gaya, lelaki inilah yang akan dibakar di dalam neraka. Baik isteri mahu pun anak-anak pastinya akan mendakwa lelaki yang bergelar suami mahu pun ayah. Bukan senang menjadi seorang suami. Untuk mendidik seorang isteri yang telah dicorak dengan pelbagai corak oleh ibu bapanya dan persekitarannya. Bagi mereka yang menerima kain putih yang bersih maka bersyukurlah kerana tanggungjawap hanya memastikan keputihan kain tersebut bersih dan putih namun bagi suami yang menerima kain yang telah dicorakkan dengan pelbagai ragam seperti dengki, bongkak, sombong, ego, celupar dan pelbagai lagi corak kehidupan yang melekat pada kain sebelum perkahwinan, perlulah kuat pegangan agamanya. Bagi seorang suami yang menerima kain sedemikian, risiko kegagalan membersihkan dan memutihkan kembali kain tersebut mungkin ada, namun, suami seharusnya sadar dan seharusnya insaf bahawa itulah kain yang diambilnya atas kalimah Allah SWT untuknya. Suami mengambil seorang isteri atas kalimah Allah, oleh itu dia adalah amanah untuk dipelihara dan dijaga. Suami wajib redha dan menerima ujian Allah SWT kerana setiap yang telah ditentukanNya adalah untuk meningkatkan tingkat keimanan dan kesabarannya sebagai hamba-Nya.



Hak Harta Suami Dan Istri Menurut Ajaran Islam

Asslamualaikum Wr Wb. Berikut Saya Ambil petikan sebuah tanya jawab masalah tentang kehidupan berumah tangga dalam islam dimana suami istri yang sama-sama bekerja..
"Assalamu`allaykum warahmatullahi wabarakatuh ustadz..."

ustadz, bagaimana sih hukum nya jika suami istri sama-sama bekerja? yang saya tahu harta suami itu harta istri juga, tapi harta istri mutlak milik istri itu sendiri....

* apa benar itu pak ustadz..??
* bagaimana jika istri memberikan sebagian dari gajinya untuk orang tua kandungnya sendiri dan tanpa sepengetahuan suami?? apa berdosa kah istri..??
* dan bagaimana jika suami memberikan uang kepada orang tuanya sendiri tanpa setahu istrinya..??

wassalamu`allaykum wr.wb...

Jawaban
-----------------------------------
Waalaikumussalam Wr Wb

Kewajiban Suami Bekerja

Islam membebankan pemberian nafkah keluarga ada dipundak para suami bukan para istri. Oleh karena itu dituntut kepada para suami untuk keluar rumah mencari karunia Allah demi memenuhi kewajiban tersebut. Adapun besar pemberian nafkah tidaklah ditentukan besarnya akan tetapi disesuaikan dengan kadar kemampuan mereka.

وَعَلَى الْمَوْلُودِ لَهُ رِزْقُهُنَّ وَكِسْوَتُهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ لَا تُكَلَّفُ نَفْسٌ إِلَّا وُسْعَهَا

Artinya : “Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara ma`ruf. seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya.” (QS. Al Baqarah : 233)

أَسْكِنُوهُنَّ مِنْ حَيْثُ سَكَنْتُمْ مِنْ وُجْدِكُمْ وَلَا تُضَارُّوهُنَّ لِتُضَيِّقُوا عَلَيْهِنَّ

Artinya : “Tempatkanlah mereka (para isteri) di mana kamu bertempat tinggal menurut kemampuanmu dan janganlah kamu menyusahkan mereka untuk menyempitkan (hati) mereka.” (QS. Ath Thalaq : 6)

Abu Daud meriwayatkan dari Mu`awiyah Al Qusyairi dari ayahnya, ia berkata; aku katakan; wahai Rasulullah, apakah hak isteri salah seorang diantara kami atasnya? Beliau berkata: "Engkau memberinya makan apabila engkau makan, memberinya pakaian apabila engkau berpakaian.”

Adapun terhadap para istri dikarenakan tidak ada kewajiban padanya untuk memberikan nafkah kepada keluarganya maka tidak ada kewajiban baginya untuk bekerja mencari penghasilan untuk memenuhi kebutuhan tersebut.

Islam melarang seorang istri bekerja ke luar rumah tanpa mendapatkan izin dari suaminya kecuali jika si istri telah mengajukan persyaratan disaat akad nikah agar dirinya diizinkan bekerja setelah berumah tangga.

Hal demikian didasarkan pada firman Allah swt :


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا أَوْفُوا بِالْعُقُودِ

Artinya : “Hai orang-orang yang beriman, penuhilah aqad-aqad itu.” (QS. Al Maidah : 1)

Juga apa yang diriwayatkan oleh Tirmidzi dari ‘Amr bin ‘Auf al Muzanni bahwa Rasulullah shallallahu `alaihi wa sallam bersabda: "Dan kaum muslimin boleh menentukan syarat kecuali syarat yang mengharamkan yang halal atau menghalalkan yang haram."

Akan tetapi seorang suami bisa bahkan wajib memutuskan persyaratan tersebut atau tidak memberikan perizinan kepada istrinya bekerja lagi ketika terdapat hal-hal yang dilarang syariat didalam pekerjaannya, seperti : jenis pekerjaannya termasuk yang diharamkan Allah, tidak adanya keamanan terhadap istrinya baik ketika di perjalanan maupun kantor, tidak menjaga adab-adab islami didalam pekerjaannya.

Imam Bukhari meriwayatkan dari Aisyah bahwa Rasulullah shallallahu `alaihi wa sallam bersabda: "Barangsiapa membuat syarat yang tidak ada pada Kitabullah, maka tidak berlaku sekalipun dia membuat persyaratan seratus kali."

Penghasilan Istri dan Suami

Tentang penghasilan istri maka ia adalah milik dirinya pribadi bukan milik suaminya sebagaimana harta-harta pribadi lainnya, seperti warisan, bisnis atau maharnya.


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ إِلَّا أَنْ تَكُونَ تِجَارَةً عَنْ تَرَاضٍ مِنْكُمْ وَلَا تَقْتُلُوا أَنْفُسَكُمْ إِنَّ اللَّهَ كَانَ بِكُمْ رَحِيمًا.

Artinya : “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil.” (QS. An Nisaa : 29)

وَآَتُوا النِّسَاءَ صَدُقَاتِهِنَّ نِحْلَةً فَإِنْ طِبْنَ لَكُمْ عَنْ شَيْءٍ مِنْهُ نَفْسًا فَكُلُوهُ هَنِيئًا مَرِيئًا

Artinya : “Berikanlah maskawin (mahar) kepada wanita (yang kamu nikahi) sebagai pemberian dengan penuh kerelaan.” (QS. An Nisaa : 4)

Dan jika seorang istri bekerja dikarenakan adanya persyaratan disaat akad nikahnya maka tidak diperbolehkan bagi suaminya untuk mengambil hasil gajinya, baik sedikit atau banyak. Akan tetapi jika seorang istri bekerja bukan karena adanya persyaratan disaat akad nikahnya maka hendaklah si istri ikut berkontribusi didalam nafkah keluarganya dikarenakan waktu yang digunakannya untuk bekerja pada dasarnya adalah hak suaminya, demikian menurut Syeikh Muhammad Shaleh al Munjid.

Al Bahuti mengatakan,”Tidaklah seorang istri mempekerjakan dirinya sendiri setelah akad nikah tanpa izin suaminya dikarenakan adanya penghilangan hak suaminya.” (ar Roudh al Murabba’ hal 271)

Begitu juga dengan harta suami maka ia adalah milik suaminya pribadi namun diwajibkan baginya untuk memberikan nafkah kepada keluarganya. Oleh karena itu tidak diperbolehkan bagi seorang istri mengambil, membelanjakan atau menggunakannya tanpa seizinnya.

Diriwayatkan oleh Abu Daud dari Abdullah bin `Amru bahwa Rasulullah shallallahu `alaihi wasallam bersabda: "Tidak boleh seorang istri memberikan suatu pemberian kecuali dengan seizin suaminya."

Imam Nawawi mengatakan bahwa seorang istri tidak berhak mensedekahkan sesuatu dari harta suami tanpa seizinnya demikian pula pembantu. Dan jika mereka berdua melakukan hal demikian maka mereka berdua telah berdosa.” (Shahih Muslim bi Syarh an Nawawi juz VI hal 205)

Namun hal diatas dikecualikan terhadap sesuatu yang tidak seberapa nilainya menurut kebiasaan atau karena kebakhilan suami dalam menafkahkan istrinya, sebagaimana diriwayatkan oleh Imam Bukhari dari `Aisyah berkata; Rasulullah shallallahu `alaihi wa sallam bersabda: "Jika seorang wanita bersedekah dari makanan yang ada di rumah (suami) nya bukan bermaksud menimbulkan kerusakan maka baginya pahala atas apa yang diinfaqkan dan bagi suaminya pahala atas apa yang diusahakannya. Demikian juga bagi seorang penjaga harta/bendahara (akan mendapatkan pahala) dengan tidak dikurangi sedikitpun pahala masing-masing dari mereka".

Imam Bukhari meriwayatkan dari Aisyah bahwa Hindu binti Utbah berkata, "Wahai Abu Sufyan adalah seorang laki-laki yang pelit. Ia tidak memberikan kecukupan nafkah padaku dan anakku, kecuali jika aku mengambil dari hartanya dengan tanpa sepengetahuannya." Maka beliau bersabda: "Ambillah dari hartanya sekadar untuk memenuhi kebutuhanmu dan juga anakmu."

Memberikan Orang Tua dari Penghasilan Masing-masing Tanpa Seizin Pasangannya

Berdasarkan penjelasan diatas telah diketahui bahwa masing-masing dari suami istri berhak atas kepemilikan hartanya masing-masing. Namun terjadi perbedaan pendapat dikalangan para ulama tentang keharusan izin suami bagi seorang istri didalam membelanjakan hartanya sendiri. Sebagian mereka berpendapat harus dengan izin suaminya sementara itu jumhur ulama tidaklah mengharuskannya.

Menurut Syeikh Hisamuddin ‘Afanah bahwa pendapat yang kuat adalah yang menyatakan bahwa tidak ada keharusan izin dari suami bagi seorang istri yang hendak membelanjakan atau menggunakan hartanya sendiri.

Diantara alasan-alasan yang digunakan beliau adalah :

1. Bahwa hadits-hadits yang digunakan oleh mereka yang mengharuskan perizinan dari suaminya adalah lemah dan tidak bisa dipakai sebagai dalil.
2. Jumhur mengatakan bahwa seandainya kita menerima keshahihan hadits-hadits yang digunakan oleh mereka yang beresebrangan maka pastilah tetap akan didahulukan hadits-hadits kami daripada hadits-hadits meeka dikarenakan lebih shahih.
3. Sesungguhnya keumuman dalil yang digunakan oleh jumhur lebih kuat daripada hadits-hadits yang tidak bersih dari cela.
4. Seandainya kita menshahihkan hadits-hadits tersebut maka sesungguhnya hadits-hadits itu menunjukkan perbuatan baik seorang istri kepada suaminya bukan menjadi sebuah keharusan. (Fatawa Yas Aluunaka juz VII hal 182 – 187)

Dengan demikian diperbolehkan bagi seorang istri memberikan suatu pemberian kepada orang tuanya dari hartanya sendiri meski tanpa ada izin dari suaminya apalagi jika orang tuanya termasuk fakir atau yang tidak berpenghasilan. Namun demikian sebaiknya bagi seorang istri untuk membicarakan dan mendiskusikan keinginanya itu kepada suaminya terlebih dahulu.

Adapun seorang suami yang ingin memberikan sesuatu kepada orang tuanya maka tidaklah ada keharusan mendapatkan izin dari istrinya terlebih lagi jika orang tuanya termasuk fakir atau tidak berpenghasilan selama ia memiliki kelebihan dari nafkah yang diberikan kepada keluarganya. Bahkan pemberiannya kepada orang tuanya yang demikian keadaannya menjadi sebuah kewajiban.

Akan tetapi jika si suami tidak memiliki kelebihan harta dari nafkah yang diberikan keluarganya maka tidaklah ada kewajiban baginya memberikan sesuatu kepada orang tuanya. Dan jika dia memberikannya maka hal itu adalah sebuah perbuatan baik seorang anak kepada orang tuanya dan hendaklah hal ini didiskusikan dengan istrinya dan mendapatkan persetujuannya. Hal itu dikarenakan dalam keadaan seperti itu maka memberikan nafkah kepada istri adan anak-anaknya lebih diutamakan daripada orang tuanya.

Imam Muslim meriwayatkan dari dari Tsauban ia berkata; Rasulullah shallallahu `alaihi wa sallam bersabda: "Sebaik-baik dinar (uang atau harta) yang dinafkahkan seseorang, ialah yang dinafkahkan untuk keluarganya, untuk ternak yang depeliharanya, untuk kepentingan membela agama Allah, dan nafkah untuk para sahabatnya yang berperang di jalan Allah." Abu Qilabah berkata; Beliau memulainya dengan keluarga."

Wallahu A’lam

Sumber : HaryoBayu Blog